Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mohamad Khairy Abdullah Wakil Rakyat terbaik untuk Tulid — Drs Kustin

0

PEMIDATO terkenal Drs Kustin Ladi yang merupakan orang kuat parti Star Sabah mengejutkan apabila beliau mengumumkan secara terbuka bahawa wakil terbaik untuk Dewan Undangan Negri (DUN) N. 44 Tulid ialah calun parti Usno Mohamad Khairy Abdullah.

Khairy wakil rakyat terbaik untuk Tulid — Drs Kustin
DRS KUSTIN LADI

“Khairy adalah calun yang terbaik diantara yang baik,” katanya ketika berucap dalam satu majlis politik di Transpegalan.

Kustin berkata, calun Usno Tulid mempunyai banyak kelebihan sebagai wakil rakyat terbaik yang antaranya, beliau mendampingi rakyat sepanjang lebih 30 tahun sebagai wartawan professional selain anak tempatan (kelahiran Transpegalan) yang tinggal dalam lokasi pada sepanjang masa.

“Lain-lain pemimpin tidak seperti itu dan tidak keterlaluan terdapat calun yang langsung tidak dikenali dan hanya muncul pada musim pilihan raya,”

“Calun Usno juga mempunyai keperibadian gaya kampung, santai dan senang dihubungi anpa melalui protocol tertentu,” katanya.

Kustin mengajak seluruh pengundi Tulid supaya memberi sokongan kepada calun Usno sebagai harapan baru kepada rakyat Tulid untuk jauh lebih maju dan memiliki kuasa beli yang kuat.

“Saya telah mengkaji calun Usno ini (Khairy) sejak lama sebelum ini dan beliau merupakan seorang pakar pertanian yang memiliki ilmu untuk mengemudi pekebun, petani serta peladang untuk maju,”

“Khairy adalah pemandu yang cekap untuk mengemudi rakyat Tulid ke landasan yang bertul,” katanya.

 1,548 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.