Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Papan iklan calun Usno Tulid dimusnahkan parti lawan

PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SABAH KE-16

0
Tinggal bingkai, wakil calun parti Usno N 44 Tulid Ekok Yusman Amin menunjukkan keadaan bingkai papan iklan parti itu selepas dimusnahkan oleh parti lawan

PAPAN iklan yang memaparkan wajah calun parti USNO kawasan N. 44 Tulid, Mohamad Khairy Abdullah dimusnahkan oleh parti lawan, sebaik keputusan pencapaian  calun itu mendadak naik disaat akhir pengundian dijalankan pada 26 September 2020.

Wakil calun Usno N 44 Tulid Ekok Yusman Amin bersama Timbalan Pengarah Pilihan Raya N. 44 Tulid Tarmizi Sutal menunjukkan salinan laporan polis mengenai kemusnahan bahan kempen parti itu di seluruh kawasan Transpegalan

“Semua banner, poster dan bahan-bahan kempen lain yang ditempatkan di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Transpegalan dimusnahkan,” dedah wakil calun parti itu di Tulid Ekok Yusman Amin dalam satu kenyataan kepada The Borneo Digest di sini, hari ini.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak beretika, Ekok mahu pihak keselamatan untuk melakukan penyiasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sokongan calun Usno terjejas ekoran kemusnahan bahan kempen di saat-saat akhir,” katanya dan menambah perbuatan itu mencabar proses demokrasi yang memberi kebebasan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya secara sihat.

Ekok mahu pengundi di seluruh Tulid mengutuk perbuatan tidak beretika itu dan bersatu untuk memberi sokongan padu kepada calun parti Usno.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk melakukan penyiasatan terperinci ke atas perbuatan tidak beretika itu.

“Usno juga mahu supaya calun kepada parti yang didapati pekerja politiknya terlibat dengan kemusnahan bahan kempen calun parti Usno itu diambil tindakan tegas,” katanya.

 996 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.