SOOK (Sabah, Malaysia): Kasih ibu dan ayah – sepasang suami isteri sangup bergadai nyawa untuk menyelamatkan dua orang anaknya yang sedang dihanyutkan banjir Sungai Tatalaan Ulu Sook.
Usaha kedua pasangan itu bagaimana pun gagal kerana mereka turut dihanyutkan oleh banjir deras dan mengalami kecederaan teruk di seluruh bahagian badan.
Kedua-dua anak pasangan itu, seorang perempuan berumur 2 tahun (anak pertama) dan adik lelakinya yang berumur dua bulan menjadi mangsa bahaman banjir luar biaasa yang buat pertama kalinya melanda Kawasan ladang Syarikt Kitam Sendirian Berhad.
Ketua Polis Keningau Supt Yampil Garai memberitahu dalam satu kenyataan, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang pada Selasa.
Menurut fakta kes, banjir besar melanda secara tiba-tiba di kawasan rumah kongsi yang dihuni oleh keluar mangsa selepas hujan lebat turun beberapa jam di kawasan ladang tempat ibubapanya mangsa bekerja.
“Ibubapa mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anak mereka yang sedang dihanyutkan banjir, tetapi gagal kerana kedua mereka turut dihanyutkan banjir yang deras… ibubapa mangsa juga cedera,” Jelasnya.
Yampil memberitahu, syarikat ladang itu yang terletak di Karamatoi Sook mempunyai tiga blok kongsi pekerja yang kesemuanya mengandungi Sembilan buah rumah.
“Kuarters mangsa berada kira-kira 20 meter daripada Sungai Talangkai Ulu Sook,” Katanya dan menambah limpahan banjir yang luar biasa dan pertama kali berlaku di Kawasan itu sebagai punca rempuhan banjir ke arah kuarters keluarga mangsa.
Kedua ibubapa mangsa berjaya menyelamatkan diri tetapi gagal menyelamatkan kedua-dua anak mereka kerana turut mengalami kecederaan.
Ibubapa mangsa kini di Hospital Keningau untuk rawatan lanjut, sementara usaha mencari dan menyelamat kedua mangsa sedang giat dijalankan.
![]()