Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pasukan bola sepak kalah, lebih 120 maut merusuh di Jawa Timur

0

JAKARTA: Lebih 120 peminat bola sepak terbunuh dalam rusuhan ganas yang berlaku selepas perlawanan melibatkan dua kelab di Malang, Jawa Timur.

Kejadian itu melibatkan penyokong kelab Arema dan Persebaya Surabaya selepas Arema dikalahkan 3-2 dalam perlawanan tersebut.

Ketua Kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, lebih 120 maut dalam rusuhan berkenaan.

“Ratusan orang terbunuh dalam kejadian itu selepas penyokong kedua-dua kelab saling merusuh.

“Ada yang meninggal dunia akibat dipijak dan sesak nafas,” katanya.

Pihak berkuasa juga masih mengumpul data mengenai berapa jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut.

Pergaduhan antara penyokong dua kelab tersebut bermula apabila ribuan peminat Arema menyerbu padang selepas pasukan mereka kalah.

Para pemain Persebaya segera meninggalkan padang, namun pemain Arema yang masih ada di padang turut diserang para penyokongnya.

Media tempatan melaporkan, insiden menjadi semakin buruk sehingga mengakibatkan kematian selepas polis melepaskan gas pemedih mata, menyebabkan mereka panik dan saling memijak antara satu sama lain untuk keluar dari Stadium Kanjuruhan.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.