Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Warisan berjaya tuntut 17 perkara MA63 Cuma dalam tempoh 26 bulan – Kong

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Parti Warisan Sabah berjaya menuntut dan melaksanakan 17 daripada 21 perkara penting yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA 63) sepanjang tempoh 26 bulan menerajui kerajaan Sabah, jelas seorang Jawatankuasa Komuniti Cina Warisan Sabah Keningau, Kong Fui Sheng.

Kong (tengah) menyampaikan risalah kepada seorang peiaga pasar minggu Keningau

Katanya, ia satu kejayaan besar bagi parti pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal yang beliau yakin tidak mampu dilakukan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini dalam tempoh yang sangat singkat.

“..Sebab itu saya bangga untuk  memberitahu bahawa parti Warisan sangat fokus kepada tujuan dan matlamatnya untuk mengambalikan hak-hak rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui selepas mengedarkan risalah mengenai senerai kejayaan parti itu kepada peniaga pasar minggu Keningau pada Ahad.

TeERPEGUN .. pengunjung pasar minggu Keningau membaca dengan teliti pencapaian parti Warisan Sabah sepanjang tempoh 26 bulan memerintah

Mengiringi Kong sepanjang program itu ialah Datuk Richard Lee, Alfian Koroh serta pimpinan jawatankuasa parti itu di bahagian P 180 Keningau.

Kong optimis parti Warisan berjaya untuk meraih kesemua 21 tuntutannya daripada kerajaan persekutuan jika memperolehi masa yang panjang untuk memerintah.

Begitu pun tambahnya, kejayaan yang diraih oleh parti Warisan itu satu pencapaian yang terbaik dan perlu disyukuri.

Yakin bahawa parti Warisan mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah, Kong merayu pengundi di negeri Sabah khususnya di kawasan pedalaman agar memberi mandat kepada parti Warisan untuk berkuasa semula pada pilihanraya yang akan datang.

“Kami mahu parti yang benar-benar ikhlas untuk berjuang untuk rakyat Sabah,” jelasnya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.