WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendakwa pembunuhan ketua sayap politik Hamas, Ismail Haniyeh tidak akan membantu untuk mencapai gencatan senjata dalam perang Israel di Palestin.
Bagaimanapun, kejadian pembunuhan berkenaan dikhuatiri akan meningkatkan risiko perang di Asia Barat, sekali gus akan mencetuskan ancaman tindakan balas terhadap Israel.
Dalam pada itu, Hamas dan Pihak Berkuasa Revolusi Iran yang telah mengambil bahagian dalam rundingan tidak langsung di peringkat antarabangsa demi mencapai gencatan senjata di Palestin mengesahkan kematian Haniyeh.
Sementara itu, rakyat Palestin di Gaza bimbang kejadian pembunuhan Haniyeh baru-baru ini akan memanjangkan tempoh perang di negara itu.
Iran pula mendakwa kejadian pembunuhan itu berlaku beberapa jam selepas Haniyeh menghadiri upacara mengangkat sumpah jawatan presiden baharu Iran.
Biden berkata demikian ketika ditanya pemberita pada semalam mengenai adakah kejadian pembunuhan Haniyeh berkenaan akan menjejaskan peluang untuk melaksanakan gencatan senjata di Palestin.
Biden juga mendakwa beliau telah menghubungi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada semalam.
Bagaimanapun, Israel tidak mengeluarkan sebarang tuntutan bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan, namun Israel mendakwa mereka telah memberi kesan mendalam kepada Hamas dan Hizbullah serta akan bertindak balas terhadap sebarang serangan.Ketegangan antara Israel dengan Iran serta Hizbullah telah menimbulkan kebimbangan konflik yang semakin meruncing di wilayah yang sudah terancam termasuk serangan Israel ke atas Gaza yang telah membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin serta krisis kemanusiaan.