Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

SKM salur Rm5.7 juta bantuan pembangunan kepada 126 koperasi

0

PENAMPANG: Sehingga Julai tahun ini sebanyak 126 koperasi menerima Bantuan Pembangunan SKM melibatkan peruntukan sebanyak RM5.7 juta, umum Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Ewon  berkata bantuan terbabit disalur bagi menampung kos peralatan dan infrastruktur aktiviti perniagaan dijalankan.

Katanya, pembiayaan bagi menambah modal pusingan perniagaan koperasi yang diluluskan di bawah Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) berjumlah RM152.13 juta, mewakili permohonan daripada 96 koperasi.

“Dalam tempoh sama, Sabah menerima RM1.07 juta Bantuan Pembangunan SKM yang memanfaatkan 10 koperasi.

“Sebanyak RM1.9 diluluskan dalam bentuk pembiayaan TMPSKM kepada tiga koperasi,” katanya ketika merasmikan Hari Koperasi Negara peringkat Sabah 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam; Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Zamri Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Rusli Jaafar.

Ewon berkata kementeriannya merekodkan 72 Jualan MADANI Koperasi (JMK) setakat bulan lalu, dengan insentif diluluskan berjumlah RM1.82 juta dan jualan mencecah nilai RM6.46 juta.

“Program JKMU memberi manfaat kepada 212,050 pengguna melalui barangan keperluan asas dijual oleh 230 operator jualan yang dilantik SKM,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ewon berkata 100 pelajar sedang melanjutkan pengajian di Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

Menurutnya, pihaknya belum mempunyai perancangan memperluaskan UKKM ke negeri lain berikutan baru beroperasi lebih setahun.

Bagaimanapun, beliau berharap pengambilan khas ke UKKM khususnya pelajar dari Sabah dan Sarawak diteruskan.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.