Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Penumpang nyaris rentung feri terbakar di Filipina

0

MANILA: Sebuah feri yang membawa 120 penumpang termasuk kru dilaporkan terbakar dalam satu kejadian di tengah laut, semalam

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa Filipina menghantar bot pengawal pantai ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa, selain memadamkan kebakaran.

Feri MV Esperanza Star dilaporkan terbakar pada waktu subuh ketika dalam perjalanan dari wilayah Siquijor ke Bohol di tengah Filipina.

Sehingga kini, kesemua penumpang sudah berjaya dibawa keluar dari feri tersebut dan punca kejadian masih disiasat.

Beberapa imej dan video yang dikongsi pengawal pantai menunjukkan feri dua tingkat itu terbakar dengan api marak dan kepulan asap hitam.

Sebuah bot pengawal pantai menggunakan meriam air bagi memadam kebakaran dan turut dibantu beberapa bot nelayan yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Dalam pada itu, tiada seorang pun daripada 65 penumpang dan 55 kru dilihat berada atas feri tersebut berdasarkan imej yang dikongsi pihak berkuasa.

Kejadian melibatkan bot atau feri merupakan insiden biasa di Filipina berikutan fenomena alam seperti ribut, selenggaraan yang kurang cekap, lebihan muatan atau penumpang dan peraturan yang kurang jelas.

Pada Mac lalu, satu kebakaran berlaku di sebuah feri yang membawa 250 penumpang, menyaksikan sekurang-kurangnya 31 maut di wilayah Basilan. – AP

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.