Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Peratusan tinggi calon Warisan menang — Dr. Daud

0

EKSKLUSIF

BERBEZA  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pengundi dikalangan Kadazandusun dan Murut (KDM) lebih memihak kepada kerajaan, pada ketika isu Pas Sementara Sabah (PSS) begitu rancak dipersembahkan sebagai bahan kempen di kawasan-kawasan lain di Kimanis.

DR. DAUD YUSOF

“PRU-14, saya hanya menang empat daripada sepuluh Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan Kadazandusun dan Murut (KDM),”

Ehsan Grafik Suara Merdeka

“..Tetapi PRK ini saya mendapati kesemua 10 PDM yang didomanasi KDM menyokong calon Warisan .. ini adalah petanda bahawa Bongawan boleh menyumbang undi yang besar kepada PRK Kimanis,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Dr. Daud Yusof.

Bercakap kepada The Borneo Digest di Bongawan, Dr. Daud berkata berdasarkan kajiselidik sokongan yang dibuat oleh parti itu, calon Warisan Datuk Karim Bujang telah mengatasi jauh calon pembangkang Datuk Mohamad Alamin daripada Barisan Nasional (BN).

“Jika kajian sikap ini dibuat mengikut format yag betul, ini bermakna peratusan kemenangan calon Warisan pada setakat ini sudah mencapai 70 peratus,” katanya.

Wira dan Wirawati ditugaskan untuk mengalas tanggungjawab untuk melakukan kajian sikap pengundi di seluruh Pusat Daerah Mengundi Kimanis.

Kimanis mempunyai jumlah pengundi seramai 29,664 meliputi 29,654 pengundi biasa, 9 pengundi awal dan 1 pengundi tidak hadir luar negara.

Dr. Daud (tiga kanan) memasak dalam satu majlis di Ulu Luagan Bongawan

Pilihan Raya Kecil itu melibatkan pertarungan satu lawan satu diantara calon kerajaan (Warisan) Datuk Karim Bujang 67 tahun dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin, 48 tahun.

Dr. Daud menekankan bahawa PRK itu sangat penting bagi rakyat di daerah itu khususnya DUN Bongawan bagi memastikan pembangunan dapat diperkasakan di kawasan itu.

“Peranan wakil parlimen sangat penting untuk kawasan ini (Bongawan),” katanya.

Dr. Daud yang merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah mahu supaya kombinasi pengundi KDM dengan Berunai di kawasan Bongawan sangat penting untuk memastikan calon kerajaan mencapai kemenangan besar.

Pembuangan undi bagi PRK Kimanis ialah pad 18 Januari 2020 iaitu berbaki dua hari daripada analisa ini diterbitkan.

 

 1,012 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.