Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Perlantikan Loh tidak menghormati MA63 – Usno

0

1. Tindakan kerajaan Negeri pimpinan Parti Warisan Sabah melantik seorang ADUN Dilantik bukan berasal dari Sabah jelas menyimpang daripada objektif asal jawatan itu diwujudkan. 

2. Mengikut kupasan sejarah perjanjian Malaysia 1963, salah satu intipati  perjanjian yang dipersetujui bersama oleh para pemimpin Sabah dan British ketika itu ialah memasukkan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah pewujudan  jawatan enam ADUN Dilantik yang bertujuan antara lain memberi peluang kepada anak jati kaum/golongan minoriti yang tidak diwakili di Dewan Undangan Negeri Sabah.

3. USNO berpendapat pelantikan Bendahari DAP Sabah Loh Ee Eng yang dikatakan berasal dari Pulau Pinang sebagai Adun Dilantik oleh kerajaan negeri baru-baru ini bukan sahaja menyimpang daripada tujuan sebenar ia diwujudkan tetapi juga menodai janji kepada rakyat Sabah dan janji manifesto pilihan raya untuk mempertahankan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 terutama isu Borneonisasi di mana kerajaan sepatutnya memberi keutamaan kepada anak jati tempatan Sabah dan USNO yakin ramai anak jati tempatan yang layak termasuk ahli DAP Sabah untuk mengisi kekosongan jawatan Adun Dilantik.

4. Bagi USNO, tindakan mengimport pemimpin dari Pulau Pinang mengisi jawatan Adun Dilantik meskipun pilihan parti DAP telah membelakangkan kepentingan rakyat Sabah dan prinsip M63, sebaliknya mengutamakan kepentingan dan survival politik semata-mata.

5. USNO tidak bersetuju dengan pendekatan ini dan mencadangkan agar Perlembagaan Negeri Sabah dipinda bagi mewajib atau mensyaratkan hanya anak jati Sabah layak dilantik sebagai Adun Dilantik. Berbeza dengan Adun biasa yang dipilih secara demokrasi melalui pilihan raya atau pilihan rakyat, Kuasa melantik Adun Dilantik tertakluk kepada budibicara Ketua Menteri Sabah. – MUSLI HJ OLI (Ketua Penerangan Usno Sabah)

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.