TAMBUNAN (Sabah, Malaysia) – Seorang remaja warga asing berumur 18 tahun maut apabila motosikal yang sedang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori lapan tan jenis Isuzu di bulatan pekan Tambunan kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.
Ketua Polis Keningau Deputi Superitendan Polis (DSP) Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi memberitahu, mangsa dikenalpasti sebagai Udik Samsudin dipercayai dalam perjalanan pulang dari Keningau ke rumah kediamannya di Tambunan.
Shahrudin berkata, mangsa mengalami kecederaan di seluruh anggota badan dan meninggal di tempat kejadian.
Sepasukan bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan turut berada di lokasi kemalangan itu.
Pemandu lori yang berusia 27 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut fakta kes, mangsa yang memandu dari arah Keningau ke Tambunan merempuh sebuah lori dari arah Tambunan ketika cuba memotong.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ1987.