Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Polis Keningau buru suspek bunuh di Keningau

0

KENINGAU: Niat baik seorang lelaki membantu jiran membuat laporan polis berakhir tragedi apabila ditetak dalam kejadian di Jalan Lingkudau di sini, malam pada Khamis.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 58 tahun dilaporkan maut akibat cedera parah di tangan selepas ditetak oleh suami jiran yang dibantunya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Alizam Dalaman berkata, hasil siasatan awal, berlaku pertengkaran antara suspek iaitu lelaki berusia 40 tahun dan isterinya.

Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan suspek dan sesiapa yang mempunyai maklumat saspek ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Azrul Efizul Mohd Asri di talian 012-9293148.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.