Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PRN Johor: DAP restu MUDA, Amanah tanding 6 kerusi

0

SELEPAS DAP memberi restu kepada MUDA, parti itu akan bertanding di enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mereka berkata, pembahagian kerusi itu bagi memastikan tidak ada pertindihan antara calon dari tiga parti berkenaan di setiap kawasan di Johor.

Enam kerusi akan ditandingi MUDA ialah Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Ketiga-tiga parti itu membuat keputusan tersebut selepas mengadakan rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor.

Berikut kedudukan kerusi DUN berkenaan pilihan raya umum ke-14 (PRU14):Tenang – Solihan Badri dari Bersatu menang majoriti 1,070 undiBukit Kepong – Dr Sahruddin Jamal Bersatu menang majoriti 1,273 undiParit Raja – Ferdaus Kayau dari Bersatu kalah dengan majoriti 638 undiMachap – Ahmad Ahem dari Bersatu kalah dengan majoriti 404 undiPuteri Wangsa – Mazlan Bujang dari Bersatu menang dengan majoriti 24,959 undi

Bukit Permai – Tosrin Jarvanthi Bersatu menang dengan majoriti 2,531 undiAmanah DAP dan MUDA juga akan menumpukan usaha dan tenaga untuk memenangkan setiap calon serta bersama-sama menubuhkan kerajaan Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka.

“Ini bermakna bagi menghadapi PRN Johor, Amanah, DAP Dan MUDA bakal bergerak sebagai rakan strategik pilihan raya walaupun MUDA tidak menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Ini serasi dengan prinsip “khemah besar” untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga yang bersedia melawan kerajaan Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN),” katanya. – SM

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.