Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Suami isteri dipaksa bayar jutaan rupiah tebus bayi sendiri

0

SEPASANG suami isteri perlu membayar 25 juta rupiah (RM7,302) bagi tebus bayi mereka yang diserahkan kepada keluarga terdekat.

Lapor Tribunnews, Pipin Patrudin, 38, dan Unung Siti Zaenab, 44, menyerahkan anak mereka itu selepas dilahirkan beberapa minggu.

Pasangan yang tinggal di Kampung Cipancur, Cisaruni, Padakembang (Jawa, Indonesia) itu memberitahu, mereka tidak pernah berniat untuk menyerahkan darah daging sendiri kepada keluarga lain.

Namun, ketika itu, mereka memberi keizinan kerana saudaranya belum mempunyai anak sendiri apabila diminta tebus ekoran mereka mahu memelihara sendiri.

“Saat itu mereka memberikan alasan untuk membela anak kami supaya mereka dapat memiliki pewaris sendiri segera.

“Masa itu, mereka juga memberikan kami sejuta rupiah (RM292) sebagai wang mengambil bayi itu,” luahnya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.