Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PSG biasakan diri tanpa Mbappe

0

PARIS: Pengendali Paris Saint-Germain, Luis Enrique berkata dia mengeluarkan Kylian Mbappe untuk kebaikan pasukan.

Kapten Perancis itu dikeluarkan ketika PSG seri 0-0 di Monaco walaupun tidak cedera. Mbappe kemudian keluar ke tempat duduk penonton di awal babak kedua untuk menyaksikan baki perlawanan.

Keputusan seri itu melebarkan kelebihan PSG di puncak Ligue 1 kepada 12 mata di depan Brest, yang akan beraksi esok.

Mereka semakin menghampir gelaran liga Perancis, tetapi fokus utama anak buah Enrique ialah aksi Liga Juara-Juara menentang Real Sociedad.

PSG mempunyai bekalan 2-0 menjelang aksi timbal balik kelompok 16 terakhir di Sepanyol itu.

Dalam tiga perlawanan terakhir PSG, Mbappe sama ada bermula di bangku simpanan atau digantikan – sejak dia memberitahu kelab yang dia akan meninggalkan Paris sebaik tamat musim ini.

“Ia adalah 100 peratus keputusan jurulatih, kerana lambat laun kita terpaksa membiasakan diri bermain tanpa Kylian Mbappe. Saya membuat keputusan ini untuk kebaikan pasukan,” kata Enrique. – AFP

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.