JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) dilaporkan menerima pendaftaran puluhan bakal calon legislatif dalam kalangan artis atau selebriti yang akan turut bertanding dalam Pilihan Raya (Pemilu) 2024.
CNN Indonesia melaporkan, menerusi laman web infopemilu.kpu.go.id, puluhan selebriti dan artis dari pelbagai daerah pemilihan sudah mendaftar untuk merebut kerusi Parlimen.
Pemilu dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 dijangka berlangsung pada Februari tahun depan.
Pemilu itu juga menandakan pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi) bakal berakhir pada Oktober tahun depan.
Selain selebriti, terdapat juga ahli muzik dan atlet turut mendaftar sebagai calon legislatif menjelang Pemilu 2024.
Kesemua selebriti itu mendaftar mengikut parti politik yang disertai masing-masing.
Berikut merupakan antara artis yang mendaftar sebagai calon mengikut parti.
Parti Kebangkitan Bangsa (PKB):
Tommy Kurniawan
Arzeti Bilbina
Parti Gerakan Indonesia (Gerindra):
Ahmad Dhani
Taufik Hidayat
Melly Goeslaw
Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP):
Krisdayanti
Marcell Siahaan
Tamara Geraldine