Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Srettha Thavisin dipilih jadi PM baharu Thailand

0

BANGKOK: Parti Pheu Thai hari ini secara rasmi rasmi mencalonkan jutawan hartanah, Srettha Thavisin untuk menjadi Perdana Menteri sebelum undian pengesahan di Parlimen.

Srettha dijangka memenangi undi dan menjadi Perdana Menteri, mengetuai gabungan kontroversi termasuk beberapa parti pro-tentera daripada kerajaan yang akan keluar.

Terdahulu, pemimpin Pheu Thai, Cholnan Srikaew mengumumkan gabungan 11 parti untuk membentuk kerajaan baharu Thailand, membabitkan 314 kerusi di Dewan Rakyat.

Pheu Thai bakal mengisi lapan portfolio menteri dan sembilan lagi jawatan timbalan menteri, termasuk Perdana Menteri.

Dalam kenyataan bersama 11 parti itu, mereka bersetuju untuk mencalonkan Srettha sebagai calon tunggal jawatan Perdana Menteri apabila Parlimen bermesyuarat hari ini.

Mereka juga bersetuju tidak akan menyentuh undang-undang lèse-majesté atau Perkara 112 Kanun Jenayah dan tidak akan memasukkan parti Move Forward (MFP) sebagai rakan gabungan. – AFP

 

 349 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.