Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Remaja perempuan maut dipatuk ular ketika ‘chhaupadi’

0

BAITADI: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Nepal maut akibat amalan tradisional ‘chhaupadi’ yang menyaksikan gadis yang mengalami menstruasi perlu duduk di dalam pondok kecil di luar rumah mereka.

Anita Chand dari daerah Baitadi di barat Nepal yang bersempadan dengan India dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu akibat dipatuk ular berbisa ketika tidur.

Kes itu merupakan yang pertama dilaporkan akibat chhaupadi sejak 2019.

Amalan itu percaya golongan tubuh wanita dan gadis yang datang bulan ‘tidak bersih dan tidak boleh disentuh’

Sehubungan itu, mereka tidak dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti, selain perlu duduk di dalam pondok kecil sehingga tempoh haid berakhir.

Pada 2005, pihak berkuasa Nepal menetapkan amalan itu sebagai jenayah dan mana-mana pihak yang melakukannya boleh dipenjara tiga bulan serta didenda 3,000 rupee Nepal (RM103).

Sementara itu, polis giat melakukan siasatan mengenai kematian Anita dan keluarganya menafikan gadis itu mengalami haid ketika dia meninggal dunia.

Kes kematian terakhir melibatkan chhaupadi adalah pada 2019 melibatkan wanita berusia 21 tahun.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.