KENINGAU (Sabah, Malaysia) – Sehingga jam 5.13 minit petang hari ini, tiga keputusan diumumkan menyaksikan pasukan berkumpulan Ranau mengutip emas dalam acara berbasikal Cross CountryTeam Relay menerusi gandingan Mohd Fitri Jumah, Mohd Faizikry Jumah, Navllyn Grace John dan Drevionna Magdelynna.
Ranau mencatatkan masa terpantas 32:05:597.
Perak dimenangi oleh kontinjen Nabawan dengan catatan 34:50:970 melalui Mohd Azif Sukilin, Mohammad Khairul Aiman Rozhan, Aini Markus dan Rayantika Raymund.
Tuaran yang mempertaruhkan Aaron Chee, Simeone Morals Raynell, Ev Angel Willborn dan Dianie Jaafar meraih pingat gangsa dengan catatan 36:59:812
Cross Country Olympic Wanita, pingat emas diraih oleh Ainie Markus dari Nabawan dengan catatan masa 1:24:04:434, pingat Perak kontinjen Tuaran dan Ranau berpuas hati dengan pungutan gangsa.
Karate acara individu Kata, Vellcaroline Agustine dari Tenom mengondol pingat emas, mengenepikan impian Nathalia Sherwinnie dari Kota Kinabalu dengan kutipan perak sementara pingat gangsa dikongsi oleh peserta dari Papar (Jessy Cynthia Jukip) dan Penampang (Lovelly Anne Robberth).
Kata Team Wanita pingat emas didominasi oleh kontinjen Tenom melalui gaandingan Juslin Juman, Audrey Ty dan Nur Via Viva Lawinson.
Pingat perak diraih oleh kontinjen Beaufort melalui Esther Bell Siaw Tze Fui, Siti Nur Alyssa Tam dan Melyssa An Siaw Tze Fui.
Papar dan Nabawan berkongsi pingat gangsa.
Keputusan-keputusan lain yang direkodkan sehingga berita ini ditulis ialah acara memanah kategori recurve lelaki, wanita, berpasukan lelaki, wanita dan campuran.