Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rumah guru dijadikan markas judi siber haram

0

Oleh: KALAWON SALANGIT

KENINGAU (Sabah, Malaysia): — Rumah seorang guru di salah  sebuah kampung di Keningau diserbu oleh sepasukan polis kerana didapati dijadikan pusat judi siber haram.IMG-20160530-WA0103

Lapan lelaki tempatan sedang bermain judi ‘cyber online’  di permis itu ketika serbuan dilakukan – dedah Ketua Polis Keningau DSP Douglas Nyeging Taong dalam satu persidangan media di pejabatnya pada Isnin (30 Mei 2016).

Seorang yang lain ditahan bersama merupakan kakitangan yang baru tiga minggu bekerja di permis perjudian haram itu.

Katanya, serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang awam, yang melaporkan permis milik warga pendidik itu dijadikan lokasi judi haram.

Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Keningau yang diketuai oleh Inspektor Roning Mulut, telah menyerbu permis itu kira-kira jam 9.30 malam pada 27 Mei 2016, dan mendapat lapan lelaki sedang berjudi, yang kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut.

Lapan buah computer riba pelbagai jenama, sebuah modem, lapan tetikus, satu modem, dua meja, Sembilan buah kerusi plastik dan wang tunai RM1,243.00 dirampas sebagai bahan bukti.

Menurut polis, premis tersebut beroperasi setiap hari dari jam 7.00 malam hinggga 12.00 tengah malam. setiap hari.

Kesemua yang ditahan dirujuk dibawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak lebih dari RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan hendaklah juga dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.