Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Marin gagal cubaan seludup LPG

0

TAWAU (Sabah, Malaysia): Operasi ‘Op Paradise’  Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan membawa keluar 19 tong gas asli cecair (LPG) melalui Sungai Haji Kuning dekat sempadan negara, pagi pada 1 April 2016.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata anggota PPM menahan sebuah bot jongkong yang mencurigakan di kawasan berkenaan kira-kira 11 pagi.    Pemeriksaan mendapati 19 tong gas LPG yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran terdapat di jongkang berkenaan.

Seorang juragan tempatan berumur 22 tahun gagal menunjukkan surat kebenaran membawa tong gas berkenaan, dirujuk di bawah Seksyen 7(4) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa permit.

Sehari sebelum itu, polis Tawau merampas Pedang samurai, keris dan kapak milik lima lelaki yang sedang menghisap syabu di sebuah rumah di Kampung Muhibbah di sini tengah hari pada 1 Mac 2016.

Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Mustafa Kamal Mustafa berkata dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah hari itu, lima lelaki yang masing masing berumur antara 25 hingga 61 tahun sedang asyik menghisap syabu di atas sofa di sebuah bilik di rumah itu.

Ketika pemeriksaan dilakukan mendapati satu bungkusan plastik lutsinar berisi hablur dipercayai syabu seberat 6.2 gram berada di rumah itu.    Kelima-lima lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.