Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN

PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau mengiktiraf dan menghormati golongan wartawan.
“Jika bukan anda (Watawan) saya bukan seperti hari ini (Seorang Wakil Rakyat) .. Wartawan banyak membantu saya,” Robert dipetik ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Bersama Wakil Rakyat Bingkor bersama Persatuan Wartawan Keningau dan Media Pedalaman Sabah, pada Isnin.

Robert berkata, tugas seorang wartawan sangat berat sebagai agen pelapor agenda pembangunan kerajaan kepada rakyat.

“Wartawan banyak membantu kerajaan untuk menyebarkan agenda kerajaan kepada rakyat supaya mengetahui mengenai setiap program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan,”.
“Saya melihat wartawan sebagai pihak penting yang membantu kerajaan untuk melihat, menyemak dan menyampaikan masalah rakyat kepada kerajaan untuk diambil tindakan,” Katanya.
Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor menekankan cabaran terkini golongan wartawan ialah berhadapan dengan nilai kredibiliti amalan kewartawanan yang semakin dipersoalkan.
“Kredibiliti wartawan dan media kini menjadi topik hangat apabila masyarakat mula menilai dan memperkatakan,”.
“Semua persoalan itu timbul disebabkan penghasilan berita yang bercanggah dengan etika kewartawanan,”.
“Tahap kebolehpercayaan pembaca bergantung kepada apa yang disampaikan oleh organisasi berita,” Tekannya dan menambah, seorang wartawan yang baik hanya menulis berita berdasarkan fakta yang betul.
Majlis yang julung kali dilangsungkan di Taman Bandukan Rivrside Keningau itu turut dihadiri oleh hampir kesemua pengamal media di Keningau, pegawai Jabatan Penerangan Keningau, Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Keningau (KJA) Dr. Francis Andin, Editor-in-Chief portal The Borneo Digest Mohd Khairy Abdullah, Pengurus Radio Keningau Fm, Ketua Armada Parti Bersatu Keningau Rafi Robert serta pemimpin-pemimpin tempatan.
Ketika ditemui selepas majlis itu, Robert yang dikenali di daerah Keningau sebagai ‘Pemimpin Mesra Wartawan’ berkata, beliau akan menyeneraikan Majlis Santai Bersama Wartawan sebagai acara tahun.
Beliau menitipkan perkongsian kepada mereka yang baharu berkecimpung dalam dunia kewartawan supaya merujuk mereka yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan ilmu.
“Wartawan adalah golongan professional yang memerlukan ilmu dan kepakaran yang tinggi .. bukan mudah untuk menjadi seorag wartawan kerana golongan ini sangat terpilih,” Katanya.
![]()