Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tangguh pengambilan pekerja asing — Datuk Seri Zahid

0

KOTA SAMARAHAN (Sarawak, Malaysia) – Kerajaan hari ini mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara termasuk Bangladesh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan mengkaji semula pembayaran levi tahap dua dan menumpukan perhatian kepada pekerja asing sedia ada.

FILE: Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, bersama Ketua Umno Bahagian Keningau - Datuk Sairin Hj. Karno
FILE: Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, bersama Ketua Umno Bahagian Keningau – Datuk Sairin Hj. Karno

   Sepanjang tempoh penangguhan itu, katanya, semua sektor pekerjaan termasuk industri di negara ini diminta mengambil pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan.

   “Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan semasa bagi pekerja asing di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera di Kem Muara Tuang, di sini hari ini.

   Di Putrajaya, Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Richard Riot berkata, angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang disebut-sebut sebelum ini sebenarnya adalah jumlah tenaga kerja negara itu yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara seluruh dunia.

Katanya, angka tersebut bukannya jumlah kemasukan pekerja asing Bangladesh ke negara ini kerana mengikut polisi Malaysia, sebarang kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini adalah berdasarkan kepada permintaan industri tempatan.richard riot

   Katanya, memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai oleh Malaysia dan Bangladesh semalam tidak menyatakan sebarang angka spesifik berhubung bilangan pekerja yang akan dibawa masuk negara ini.

   Sehubungan dengan itu dakwaan mengenai isu 1.5 juta pekerja Bangladesh yang konon akan dibawa ke Negara ini, yang telah diviralkan sebagai provakasi pihak tertentu adalah tidak benar sama sekali.

   “MOU ini tidak menyatakan tentang jumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh tetapi bertujuan untuk mempraktikkan mekanisme pengawalan baharu dalam memastikan kemasukan pekerja asing tersebut adalah berdasarkan permintaan industri.

   “Langkah tersebut adalah bagi mengawal had peruntukan 15 peratus bagi keseluruhan tenaga kerja pekerja di negara ini yang ditentukan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu 2.3 juta pekerja asing daripada 15.3 juta tenaga keseluruhan negara,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai pekerja asing di sini pada Jumaat (19 Feb 2016).

   Dalam pada itu, Richard berkata, jumlah keseluruhan pekerja asing berdaftar di negara ini sehingga Disember tahun lalu adalah sebanyak 2,135,035 dengan nisbah jumlah pekerja asing tanpa izin (PATI) adalah lapan orang bagi setiap 10 pekerja asing berdaftar.

   Katanya, jumlah pekerja Bangladesh di negara ini adalah sebanyak 282,287 termasuk 148 pekerja dari Sarawak yang merangkumi 109,743 pekerja bagi sektor pembinaan, 104,311 (pengeluaran), 32,609 (perkhidmatan), 21,125 (perladangan) dan 14,371 (pertanian).

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.