Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pesta gulu gulu

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia) – Bertemakan ‘Gulu-Gulu’ yang bermaksud satu masa dahulu, teater muzikal dan pameran akan diadakan di Sabah yang bermula pada 29 April hingga 1 Mei depan.

FILE: Etnik Dusun dengan pakaian tradisi
FILE: Etnik Dusun dengan pakaian tradisi

Pesta Sabah itu akan diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) Sabah, yang akan mengetengahkan budaya etnik Dusun selain sejarah perjuangan pahlawan Mat Salleh ketika era kolonial.

Persembahan Gulu-Gulu merupakan sebahagian pengisian Pesta Kaamatan di negeri bawah bayu itu.

FILE: Gadis-gadis etnik Dusun siap dengan pakaian tradisional
FILE: Gadis-gadis etnik Dusun siap dengan pakaian tradisional

Tiket pertunjukan pentas berharga RM50, dan orang ramai boleh menghubungi Sri Pelancongan Sdn Bhd (Zachary Mobijohn) ditalian 088-232121 atau email ke info@sabahtourism.com atau www.sabahfest.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.