Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Terowong semburan manusia ‘nyah kuman’ tidak terbukti

KOMUNIKASI RINGKAS

0

KENYATAAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Penasihat Perdana Menteri (kesihatan awam) Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berhubung kerisauan penggunaan terowong semburan bahan kimia nyah cemar kepada manusia mempunyai asas kukuh.

Bahan kimia semburan (mist) yang digunakan kebiasaannya adalah Sodium Hypochlorite atau Klorok (pembersih lantai dan peluntur warna) atau klorin atau Bromine dan kadang kala ditambah dengan Hidrogen Peroksida dengan air bersih pada kepekatan klorin aktif sekitar  (Ocl=HOCl) 525-615 ppm (bahagian per juta) pada pH sekitar 6.5-7.5 untuk berkesan.

Ia digunakan bagi menyah kuman peralatan atau bilik wad atau lantai tercemar oleh sisa berbahaya biologi seperti darah yang boleh menyebarkan penyakit. TETAPI IA BUKAN UNTUK DISEMBUR TERUS KEPADA MANUSIA. Campuran ini juga selalunya digunakan pada lantai atau laluan masuk untuk menyah cemar tapak kasut atau tayar kenderaan sebelum masuk ke kawasan-kawasan penternakan.

Penyemburan secara menyeluruh TIDAK digalakkan dilakukan dengan kerap kecuali jika ada kes-kes sebaran wabak yang serius. Ini kerana bahan kimia ini boleh merosakakkan peralatan berasaskan logam kerana ia adalah agen pengoksida/peluntur yang kuat menyebabkan peralatan logam mudah berkarat.  Bagaimanapun, bagi kes corona virus, kawasan-kawasan berisiko tinggi boleh dinyah cemar dengan teliti mengikut SOP piawai. AMARAN, elakkan menyembur terus kepada manusia.

Sifat bahan kimia peluntur ini juga adalah carcinogenic (boleh menyebabkan kanser jika selalu terdedah kepada manusia. Bahan kimia ini mesti di campur dengan air bersih. Jika air kotor mengandungi bahan organik, dia boleh membentuk Trihalomethylclorides (THMs) yang juga carcinogenic dan tidak efektif membunuh virus atau kuman.

Berdasarkan MSDS (material data sheet) bahan kimia ini boleh mendatangkan kesan kepada manusia jika terhidu, tersentuh pada kulit, terkena mata dan termakan dalam kuantiti tertentu. Sesetengah orang mempunyai tahap sensitiviti tinggi dan boleh menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Sistem nyah kuman terowong menggunakan semburan bahan kimia peluntur kepada manusia juga tidak akan sampai ke kawasan-kawasan virus corono yang umumnya berada pada bahagian dalam mulut dan hidung serta tapak tangan yang sering bersentuhan dengan objek.

Malah bahagian-bahagian  tersembunyi seperti pada lipatan-lipatan kain sukar dicapai dengan kadar semburan titisan mikro selama 20-30 saat. Jumlah semburan yang sedikit serta masa sentuhan antara bahan kimia dan virus yang singkat tidak terbukti boleh menyahkan kuman.

Semburan di tempat terbuka menggunakan bahan asas alkohol pula tidak boleh dilakukan kerana ia boleh mengundang kebakaran jika ada punca api.

Kesimpulannya, semburan bahan kimia terus ke seluruh bandan manusia adalah tidak tepat khususnya bagi kes corona virus berdasarkan kaedah penyebaran virus corona yang diketahui setakat ini. Menggunakan penutup mulut dan amalan mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau sanatizer asas alkohol pada kepekatan lebih 70% lebih berkesan.(Penulis adalah Prof Ir. Dr. Rosalam Sarbatly,  Sepanggar Sabah – UMS)

 

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.