Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

105 kes baharu dikesan, 11 kes import

COVID-19

0

KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu,  sebanyak 105 kes baharu dikesan hari ini dengan 11 daripadanya merupakan kes import.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Katanya, 60 kes baharu yang lain dilaporkan di tiga lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan iaitu di Selangor Mansion (4 kes), Pusat Bandar Utara dan Sekitar Pasar Borong KL, Selayang  (36 kes) serta Selayang Baru (20 kes).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti virus itu adalah sebanyak 6,176 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, pesakit yang masih dirawat adalah seramai 1,747 orang  dan daripada jumlah itu seramai 31 orang dirawat di unit rawatan rapi  dengan 12 orang daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan dengan jumlah kematian kekal103 kes.

Dr. Noor menasitakan masyarakat agar tidak perlu khuatir mengenai peningkatan kes import atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana mereka sudah diasingkan dan kesihatan disaring lebih awal.

Bagi kes penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat setempat, beliau berkata, ia dikenal pasti melalui aktiviti survelan klinikal jangkitan COVID-19 yang sudah lama dilaksanakan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia berjaya menyembuhkan 70.05 peratus atau 4,326 orang yang dijangkit virus maut.

Dalam tempoh 24 jam seramai 116 orang lagi telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini.

 

 588 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.