Oleh EKOK AMIN

KETUA Pengarang The Borneo Digest Mohd Khairy Abdullah antara lima orang pengamal media di Keningau menerima Sijil Penghargaan sempena Sambutan Hari Polis Ke-215.
Ketua Polis Darah Keningau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Binti Kasim berkata, penganugerahan Sijil Penghargaan itu satu pengiktirafan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengamal media dalam membantu memartabat dan mengwujudkan perspektif positif masyarakat terhadap pasukan polis.
“Semoga jalinan kerjasama dan silaturahim ini dikekalkan demi untuk kepentingan tugas pada masa hadapan,” Nor Rafidah menzahirkan kata-kata itu sebagaimana yang tercetak dalam Sijil Penghargaan.
The Borneo Digest dalam lidah pengarangnya memetik penganugerahan sijil itu merupakan moral dan suntikan semangat kepada portal itu bersaing bagi menghasilkan bahan berita, gambar dan rencana untuk bacaan pembaca dunia.
Kami sedar ramai yang berbisik di belakang, tetapi berbangga kerana The Borneo Digest anti plagiarism, memiliki pelanggan dan pembaca setia tanpa dikongsi paksa.
Hasil karya kami dikongsi hampir di pelusuk dunia, menguasai pembaca di seluruh kepulauan Nusantara (Gugusan Pulau-Pulau Melayu) khususnya Malaysia, Brunei, Indonesia, Selatan Thailand, Filifina, Timor Leste dan Taiwan.
The Borneo Digest turut dibaca di Australia, Amerika Syarikat, England dan sedikit masa lagi menembusi pembaca di negara-negara UEA.
“Kami menerbitkan bahan karya asli dan tidak kepada ‘salin tampal’ .. hari ini sudah tentu berita mengenai Sambutan Hari Polis Ke-215 peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau yang dihoskan oleh Ketua Polis Keningau Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Binti Kasim dibaca di seluruh dunia,” Editor The Borneo Digest menulis dalam kolum lidah pengarang.
![]()