Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sabah menang tempat ketiga kejohanan cuckoo MPFL

0

Oleh EKOK AMIN

PASUKAN Futsal Wanita Sabah memenangi tempat ketiga Kejohanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 yang berakhir di ibu negara, kelmarin.

Kelihatan Jelani menunjukkan hadiah yang dimenangi dalam kejohanan itu sambil diperhatikan pegawai dan jurulatih pasukan.

Dengan kejayaan itu, Sabah membawa pulang hadiah RM10,000.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Dr Jelani Hamdan, berkata pihaknya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan, jurulatih dan pemain atas kerja keras mereka sehingga mencapai kemenangan itu.

Menurutnya, beliau juga mengucapkan terima kasih atas kepimpinan Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan sokongannya kepada pasukan itu.

“Dengan keprihatinan beliau (Bung Moktar) terlibat secara “hands on” dalam kejohanan ini. Bahkan di saat akhir, beliau sendiri telah berinteraksi dengan para pemain dan memberi semangat kepada mereka melalui sidang video,”.

“Ia membantu melonjak semangat tinggi para pemain untuk memenangi perlawanan terakhir mereka, kelmarin”, tegas Jelani.

Beliau juga memberitahu bahawa enam pemain Sabah turut terpilih untuk skuad negara menghadapi Kejohanan futsal peringkat ASEAN nanti.

Katanya, ini satu peluang yang baik kepada pemain Sabah sekali gus mengharumkan nama negeri ini.

 114 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.