Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kedudukan sosioekonomi rakyat fokus keutamaan kerajaan – Dr. Jeffrey

0
Penuaian Skim Pengeluaran Benih Sah Padi, Kampung Lambanga, Apin Apin Keningau

MENTERI Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, kedudukan sosioekonomi rakyat tetap masih menjadi fokus keutamaan kerajaan negeri yang akan ditingkatkan melalui pelbagai inisiatif untuk memaksimakan potensi pertumbuhan ekonomi negeri dan melonjakkan ekonomi rakyat.

Katanya, Sektor pertanian merupakan sektor utama yang menjadi fokus pertumbuhan ekonomi dibawah elemen ‘Pertanian” di dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 : 2021 – 2025).

“Kerajaan sentiasa komited meningkatkan taraf hidup para petani,”.

“Kerajaan sentiasa memandang serius langkah langkah yang dapat mensejahterakan hidup masyarakat sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya,” Katanya dalam nota ringkas sempena   Majlis Pelancaran Penuaian Skim Pengeluaran Benih Sah Padi, Kampung Lambanga, Apin Apin Keningau, di sini pada Selasa.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Dr. Jeffrey berkata, pengeluaran benih sah padi yang diusahakan oleh petani di situ berjaya menghasilkan 7.5 matrik tan sehakter berbanding 3.5 matrik pada sebelum itu.

“Dengan benih ini kita boleh menghasilkan atau meningkatkan hasil dengan lebih daripada dua kali ganda,”.

“Saya harap dengan percubaan ini kita boleh mempromosikan kepada setiap petani padi bukan sahaja di Keningau tetapi di seluruh Sabah supaya kita boleh meningkatkan hasil padi, makanan kita daripada apa yang sekarang ini hanya 25 peratus kepada sasaran kita adalah 60 peratus,” Katanya.

Mengeni program skim Lambanga Apin-Apin, Jeffrey berkata ia dimulakan pada Tahun 2019 melibatkan keluasan 80 hakter yang dijangkakan mampu menghasilkan 8 metrik atau  10 metrik tan sehakter pada masa hadapan.

Untuk rekod, Keningau mempunyai 3,300 hakter sawah yang aktif dan sangat berpotensi untuk diusahakan penanaman padi sah yang terbukti mempu mengeluarkan hasil yang sangat lumayan. – Oleh: EKOK AMIN

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.