Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hero filem Tamil diserang di lapangan terbang

0

SEORANG pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru (India), malam semalam.

Kejadian dikatakan berlaku ketika Gandhi yang banyak membintangi filem Tamil bersama pelakon lain, Vijay Sethupati baru tiba di lapangan terbang tersebut bersama.

Difahamkan, Gandhi bertelingkah dengan seorang penumpang pesawat lain, Johnson, lapor India Today.

Tidak semena-mena, lelaki itu menyerang hero filem Tamil itu.

Sethupathi turut berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, penyerang dan mangsa enggan membuat laporan polis dan mahu menyelesaikan perkara itu dengan baik.

 

 74 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.