Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dr. Peter Naintin: Perangi Buli Bermula di Sekolah, PIBG dan Komuniti Perlu Bersatu

0

SANDAKAN (Sabah, Malaysia) 2 sept 2025 Ketua Penerangan UPKO Malaysia, Dr. Peter Naintin, menegaskan bahawa usaha membanteras budaya buli harus bermula dari peringkat sekolah melalui program kesedaran yang sistematik dan berterusan.

Menurut beliau, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat penting untuk berganding bahu dengan pihak sekolah dalam merangka serta melaksanakan aktiviti yang bukan sahaja menyokong kemenjadian murid, tetapi juga membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat, inklusif dan bebas daripada budaya buli.

“Kes buli yang semakin membimbangkan, termasuk insiden melibatkan Zara Qarina, jelas membuktikan bahawa isu ini tidak boleh dipandang ringan. Ia perlu diberi perhatian segera dan ditangani dengan pendekatan menyeluruh,” tegasnya.

Dr. Peter turut mengingatkan bahawa usaha membanteras buli bukanlah tanggungjawab sekolah semata-mata, tetapi memerlukan penglibatan semua pihak – termasuk ibu bapa, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan, serta agensi kerajaan – demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan generasi muda terus terpelihara.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.