Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Banjir kilat Sungai Mongitom, Berpuluh peduduk terkandas di Bingkor

0

PERJALANAN berpuluh kenderaan tertangguh berjam-jam selepas sebahagian akses utama yang menghubungkan penduduk di enam buah kampung dengan jalanraya besar di Bingkor pedalaman Sabah ditengelami limpahan banjir kilat sungai Mongitom seawal pagi pada Selasa.

Menurut penduduk, saluran air bawah sungai atau culvert yang dipasang berhampiran Kg. Kumawanan tersumbat dengan kayu-kayan yang hanyut daripada ulu sungai itu menyebabkan limpahan banjir turut menengelami beberapa kebun berhampiran.

BOURIS ULAT

“Culvert sedia ada hanya berukuran 3 kaki dan tidak mampu menampung aliran banjir,”

“Saliran air bawah sungai itu tidak lagi relevan pada ketika ini,” Ulas Bouris Ulat, pemilik ladang pisang yang turut ditengelami banjir.

Bouris memberitahu, lencongan sebatang paip milik pihak berkuasa air daerah yang dipasang setinggi 3 kaki setara dengan culvert di situ turut menghadang aliran banjir.

Sebahagian besar penduduk di kawasan itu mencadangkan pemasangan saluran air bawah sungai bersaiz besar, sekurang-kurangnya enam kaki sementara lencongan batang paip diubahsuai kepada kegunaan yang tidak menganggu aliran sungai.

Banjir kilat di lokasi itu sering menganggu perjalanan penduduk  pada setiap kali musim hujan, dan turut menjejaskan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Kg. Baru dan ladang Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) yang beroperasi di situ.– Oleh: EKOK AMIN.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.