PERIHATIN dengan pembangunan pendidikan, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin menghulurkan sumbangan kepada komuniti kemasyarakatan Projek Akhir Tahun Diploma Dalam Pharmacy Kolej MASHA Kota Kinabalu.
Sumbangan berbentuk pembiayaan itu bagi membantu perlaksanaan projek aktiviti kemasyarakatan pelajar tahun akhir kolej itu.
Nur Farhana Yazid yang mewakili Robert menyerahkan sumbangan itu kepada Ketua kumpulan Esecally R Christianus.
Robert yang merupakan Wakil Rakyat Bingkor meletakkan harapan supaya sumbangan itu dapat membantu menjayakan projek kumpulan pelajar kolej itu.
Ketua Kumpulan pelajar, Esecally menzahirkan ucapan terima kasih kepada Robert dan menyifatkan sumbangan itu sangat besar dan bernilai.
522 total views, 1 views today