Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gorila popular berswafoto Mati

0
DETIK-DETIK akhir Ndakasi yang meninggal dunia di sisi penjaganya, Andre Bauma. -AGENSI

SEEKOR gorila yang menjadi perhatian dunia selepas membuat gaya dalam swafoto dengan renjer, ‘pergi buat selama-lamanya’ dalam pelukan ‘teman seumur hidupnya’ itu yang menyelamatkannya ketika kecil.

Daily Mail melaporkan, Ndakasi ‘menghembuskan nafas terakhir’ di sisi penjaganya, Andre Bauma, 49, dalam suasana memilukan di Taman Negara Virunga, timur Congo.

Ndakasi sebelum ini diselamatkan oleh renjer terbabit ketika berusia dua bulan selepas dilihat berpelukan dengan ibunya yang sudah mati akibat ditembak militia bersenjata.

Haiwan itu kemudiannya dipindahkan ke Pusat Senkwekwe bersama gorila bernama Ndeze, kedua-duanya ‘mencipta nama’ selepas muncul dalam swafoto bersama renjer Mathieu Shamavu pada 2019.

Ndakasi meninggal dunia pada 26 September lalu di sisi Bauma.

Dalam gambar detik-detik akhir hayatnya, Ndakasi berpelukan dengan Bauma.

“Saya berbangga memanggilnya seperti seorang kawan. Saya sayangkannya dan tingkah lakunya membuatkan saya gembira. Dia akan sentiasa dirindui,” kata Bauma.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.