Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ratu Elizabeth II terjebak dalam skandal Pandora Papers

0

NAMA Ratu Elizabeth II turut disebut dalam laporan pendedahan Pandora Papers berhubung harta berjumlah AS$91 juta (RM380 juta) yang berkaitan dengan dana awam rasminya.

Pandora Papers membabitkan dokumen kewangan syarikat luar pesisir pelbagai negara yang mengandungi hampir 12 juta maklumat merupakan pendedahan paling besar dalam sejarah.

Data itu diperoleh oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) di Washington, yang bekerjasama dengan lebih 140 organisasi media dalam penyelidikan terbesar di peringkat global.

Salah satu dokumen menyatakan The Crown State yang dimilki ratu terlibat dalam kesepakatan hartanah.

Kesepakatan yang menghasilkan keuntungan AS$42 juta dolar (RM175 juta) itu didakwa mempunyai perkaitan dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

The Crown State membuat penelitian terhadap kesepakatan tersebut dan hubungan ratu dengan organisasi tersebut.

Meskipun organisasi itu menyediakan dana awam rasmi bagi keluarga kerajaan, beliau dikatakan tidak mendapat keuntungan secara langsung.

Pemimpin monarki tertua itu juga dilaporkan tidak terlibat dalam keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan.

The Crown State dimiliki oleh ratu dalam kapasitinya sebagai pemerintah, tetapi beliau tidak terlibat dalam operasi harian pengurusan hartanah tersebut.

Semua keuntungan dari portfolionya dimasukkan ke Jabatan Perbendaharaan Britain dengan sebahagian diberikan kepada keluarga diraja sebagai dana awam rasmi.

 

 237 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.