Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Seorang maut, tujuh cedera kemalangan Batu 18 Sook

0

SEORANG lelaki tempatan  maut manakala tujuh yang lain termasuk seorang wanita cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan, Proton Saga dan Perodua Bezza di Batu 18, Jalan Sook-Keningau di sini, petang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah, Nor Rafidah Kasim berkata, mangsa berusia 22 tahun yang memandu Proton Saga meninggal dunia ditempat kejadian disebabkan tersepit ditempat duduk pemandu dan dipercayai disebabkan kecederaan parah dikepala dan dada menjadi punca kematian mangsa pada insiden yang berlaku lebih kurang jam 4.40pm.

Katanya, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kemalangan itu pada jam 4.47 dan sepasukan polis  dari Ibu Pejabat Polis Daerah telah bergegas ke lokasi itu.

Nor Rafidah berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan Proton Saga yang dipandu oleh mangsa bergerak dari arah Sook menuju ke pekan Keningau.

“Apabila sampai di lokasi kejadian iaitu satu jalan selekoh menaiki bukit, mangsa cuba memotong kenderaan dihadapannya namun tidak sempat memotong lalu bertembung dengan sebuah Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun yang muncul secara tiba-tiba dari arah hadapan.

“Ketika kejadian mangsa memandu  bersama tiga orang saudaranya namun semua penumpang mangsa mengalami kecederaan ringan.

“Manakala Perodua Bezza dinaiki empat orang sekeluarga, tiga  orang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan dan seorang penumpang belakang perempuan warga tempatan berusia 57 tahun mengalami kecederaan parah akibat patah tangan kiri dan kaki kiri,” katanya.

Nor Rafidah berkata, siasatan awal dijalankan dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan patuhi undang-undang jalanraya serta pastikan kenderaan dalam keadaan baik,” katanya.

Sementera itu, Balai Bomba dan Penyelamat Sook mendapat panggilan pada jam 4.54 pm dan seramai tujuh anggota diketuai oleh Pegawai Operasi, Mukim Atah telah bergegas ke lokasi sejauh 17 kilometer dari balai dengan jentera.

Seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan Proton Saga dikeluarkan pasukan Bomba dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di lokasi kejadian dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sementera mereka yang cedera di hantar ke Klinik Kesihatan Sook oleh Ambulan. Operasi ditamatkan pada jam 5.48pm.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.