Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Akademi SAFA akan dilancarkan masa terdekat

0

Oleh DG HENRY

KOTA KINABALU (Sabah, Mlaysia): Akademi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan dilancarkan dalam masa yang terdekat, kata Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar.

Azman (dua kanan) diiringi Omar, David dan Lokman untuk meninjau suasana liga berkenaan

Beliau berkata, pihak persatuan sedang dalam proses persiapan untuk melancarkan akademi tersebut di Kinabatangan.

Katanya, akademi itu akan membabitkan pemain kategori umur 11, 14 dan 16 tahun dan sememangnya menjadi agenda perancangan SAFA dalam usaha untuk terus menggilap bakat-bakat pemain muda di seluruh negeri..

“Pembentukan Akademi SAFA ini selari dengan hala tuju Presiden SAFA, Datuk Seri Panglima Bung Moktar untuk membangunkan sukan bola sepak di Sabah,” katanya ketika merasmikan Liga Bola Sepak Akademi Tunas Negeri Sabah di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di padang SUKMA, pagi tadi.

Turut hadir Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, Ketua jurulatih remaja negeri, Omar Maya Amat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Lokman Sunggim dan pegawai tadbir SAFA, Malim Surat.

Kira-kira 500 pemain kanak-kanak menyertai liga sehari itu.

Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA menyifatkan usaha NFDP menganjurkan liga membabitkan kategori bawah umur 12 tahun itu sebagai langkah yang sangat baik untuk mencungkil bakat-bakat pemain muda bermula di peringkat kanak-kanak dan remaja lagi.

Menurut beliau, pihaknya yakin langkah ini di samping dengan komitmen ibu bapa memberi galakkan kepada anak-anak mereka akan membantu usaha pembangunan bola sepak di negeri ini.

“Di pihak SAFA, kita sangat mengalu-alukan kerjasama serta sokongan ibu bapa memberi dorongan terhadap anak-anak mereka terlibat dalam liga seumpama ini,” ujarnya.

Beliau berharap lebih ramai lagi bakat-bakat baharu dapat dilahirkan dalam sukan bola sepak sebagaimana Sabah pada masa lalu mempunyai pemain-pemain berkaliber seperti Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani.

 

 172 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.