Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Awang Aslee santuni pesakit Kuala Penyu

0

Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat turun menziarahi pesakit di daerah Kuala Penyu dan Beaufort, kelmarin.

Di Kuala Penyu, beliau menziarahi Puan Atin Lipah yang kurang sihat di Kampung Tanjung Aru dan Kassim Sindu di Kampung Kerukan.

Awang Aslee yang juga Setiausaha Eksekutif Umno Sabah mengunjungi kediaman mereka sambil bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada mereka.

“Kita doakan mereka yang kurang sihat itu cepat sembuh,” katanya.

Di Beaufort, ketua Umno bahagian itu menziarahi Haji Mathon Kasamah di Kampung Limbawang yang baru sahaja keluar menjalani rawatan di hospital daerah.

“Alhamdulillah perkembangan kesihatan beliau bertambah baik,” tambah Awang Aslee.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan bahagian termasuk naib ketua bahagian, Ag. Damit Jion, setiausaha bahagian, Abdul Rahman Taib, ketua pemuda bahagian, Mohd Fazlih Misdeh serta pemimpin pemuda yang lain yang turut serta dalam program ziarah itu.

Sementara itu, Awang Aslee juga telah menziarahi keluarga allahyarham Buang Said yang meninggal dunia di Menumbok, baru-baru ini.- Oleh: EKOK AMIN

 

 363 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.