SEORANG lelaki yang pernah berkhidmat dalam Kor Marin Amerika Syarikat menghalang sebuah rompakan bersenjata di sebuah stesen minyak di bandar Yuma, Arizona pada Rabu lalu.
Melalui rakaman kamera litar tertutup, lelaki tersebut berada di dalam kedai runcit di stesen minyak ketika dua orang lelaki bertopeng memasuki kedai melalui pintu dan salah seorang daripadanya memegang pistol.
Pihak berkuasa mengatakan bahawa suspek bersenjata tersebut menghalakan pistolnya kepada seorang pekerja yang tidak dapat dilihat dalam kamera litar tertutup tersebut.
Namun, bekas anggota Kor Marin dengan beraninya merampas senjata itu dan segera meniarapkan suspek ke lantai.
Dia berjaya menahan suspek sehingga pihak berkuasa tiba.
“Dua lagi suspek berjaya melarikan diri apabila mereka melihat rakan mereka ditahan”.
“Suspek adalah seorang remaja dan polis masih lagi mencari dua lagi suspek,” kata Pejabat Sheriff dalam satu kenyataan.
Pejabat Sheriff berkata bahawa individu yang berjaya menahan penjenayah bernama James Kilcer.
Kilcer menyatakan bahawa Kor Marin mengajarnya untuk tidak main-main ketika ditanya mengenai penglibatannya yang berjaya mengendalikan situasi itu dengan tenang. – SM
![]()