Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bomoh ganda wang ditangkap polis

0

SEORANG dukun yang mengaku boleh menggandakan wang diberkas pihak polis selepas disyaki melakukan penipuan di Wonogiri.

Lapor Suara.com, suspek, Kemis, 43 ditangkap di rumahnya di Dusun Selangkah, Jatiyoso, Khamis lalu.

Secara kebetulan hari dirinya ditangkap sama dengan namanya yang bermaksud Khamis dalam bahasa Jawa.

Ketua Polis Wonogiri, Dydit Dwi Susanto berkata, pihak polis menangkap dua daripada tiga suspek kes tersebut.

Kemis yang berperanan sebagai dukun, manakala, adik iparnya, Warno, 33, berasal dari Kota Solo.

Suspek ditahan selepas pihak polis mendapat maklumat lokasi keberadaannya.

Pihak polis menyita beberapa barang bukti seperti wang tunai 22.5 juta rupiah dan sebuah telefon pintar.

 643 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.