Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Budak tadika hadiahkan jongkong emas kepada rakan sekelasnya

0

BEIJING: Seorang budak lelaki dari China menghadiahkan jongkong emas bernilai AS$15,000 (RM69,734) kepada seorang kanak-kanak perempuan di kelas tadikanya.

Kanak-kanak berusia empat tahun itu memberi jongkong emas kepada gadis kecil berkenaan sebagai `hadiah pertunangan’.

Lapor South China Morning Post, kejadian lucu itu berlaku di Guang’an, wilayah Sichuan di barat daya China.

Kejadian itu tular apabila kanak-kanak perempuan itu menunjukkan hadiah jongkong emas diterimanya kepada ibu bapanya selepas pulang ke rumah.

Ibu bapa budak perempuan itu terkejut dan keliru selepas melihat hadiah jongkong emas yang dibawa oleh anaknya.

Mereka kemudian menyuruh anaknya untuk memulangkan hadiah berkenaan kepada rakan sekelasnya pada keesokan harinya.

Malah, ibu bapa kanak-kanak perempuan itu turut menghubungi keluarga budak lelaki berkenaan.

“Ibu bapa budak lelaki itu memberitahu kepada anak mereka bahawa jongkong emas tersebut disimpan untuk bakal isterinya pada masa hadapan.

“Namun, mereka tidak menyangka dia akan mengambilnya secara rahsia dan memberinya kepada anak kami,” kata ibu kanak-kanak perempuan itu.

Wanita itu turut menggesa ibu bapa lain supaya berwaspada bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku pada anak-anak mereka.

Kisah budak lelaki memberi `hadiah pertunangan’ itu menerima pelbagai reaksi orang ramai termasuk rata-rata warganet menjadikannya sebagai bahan jenaka.

 

 208 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.