Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bahasa Dusun pupus tahun 2045 — Rantisan Pungit

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Hayat ‘Bahasa Dusun’ diramalkan pupus dalam tempoh 30 tahun atau tahun 2045 daripada sekarang.

“ia sangat menakutkan, tetapi realitinya begitu,” dedah Rantisan Pungit, 85 (gambar) melalui

rantisan pungit-1

Aktivis Bahasa Dusun itu menyebut sebab yang mengundang kepada  kepupusan bahasa ibunda kaum itu, yang antaranya, perkahwinan campur, penghijrahan agama, kepesatan penggunaan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Inggris sebagai bahasa pertuturan yang dipilih oleh bangsa itu.

Rantisan turut menekankan minat bangsa itu terhadap bahasa ibundanya semakin merundum.

“Kita sedar penurunan yang begitu mendadak,” jelasnya dan menambah Dusun tidak memiliki pusat pengembangan bangsa, bahasa dan budaya di negeri Sabah.

Memberitahu dakwaan itu berlaku sejak sekian lamanya, Rantisan mengambarkan bangsa Dusun pada masa hadapan tidak ubah seperti sejarah Red Indian yang hanya dikenali melalui sejarah, selain bangsa itu sendiri dipamirkan untuk tontonan komuniti dunia.

“Keadaan ini berlaku kerana identiti kita telah hilang,” katanya.

Beliau mendakwa, pembuat dasar dikalangan bangsa itu juga tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikan bahasa bangsa itu terus hidup.

Katanya apa yang beliau amati ialah Bahasa Dusun dan Bangsa Dusun hanya diketengahkan pada musim-musim perayaan seperti pesta Kaamatan secara seimbas, yang dipersembahkan oleh beberapa Ngo sekadar pelengkap majlis.

“Pengisian pesta kaamatan lebih kepada ratu cantik yang menelan belanja besar, berbanding acara yang melambangkan kemegahan bangsa Dusun,” kesalnya.
rantisan pungit

Ahli-ahli politik dikalangan bangsa itu juga katanya  tidak memperlihatkan minat mereka untuk memertabatkan bahasa ibunda mereka sendiri, dengan melihat pendekatan mereka kepada usaha-usaha memperkasakan bahasa itu.

Hari ini jelas Rantisan, hampir 90 peratus generasi baru menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa pertuturan sama ada di rumah, diantara ibubapa dengan anak-anak, diantara anak-anak dengan ibubapa hatta dikalangan Bangsa Dusun mereka bertutur Bahasa melayu sesama sendiri.

Di Keningau sebagai contoh, hanya beberapa buah kampung seperti Kg. Toboh Laut, Kg. Magatang, Kg. Marapok yang kekal menjadikan Bahasa Dusun sebagai bahasa pertuturan.

Penuturan bahasa ibunda bangsa itu di Kampung-Kampung  lain di kawasan pedalaman sedang berhadapan dengan hakisan kepupusan.

Katanya masa yang sangat panjang untuk memulihkan keadaan seperti sediakala, dan ia melibatkan penyediaan infrastruktur yang memerlukan pengorbanan yang sangat besar untuk menjadikan bahasa Dusun dijadikan bahasa pertuturan dengan sepenuhnya oleh bangsa itu.

“Kita harus ada guru, penulis, ahli akademik, pakar bahasa, buku,  kamu (wartawan), akhbar serta jurnal dalam Bahasa Dusun,” cadangnya dan memberitahu, bahawa pada ketika ini kerajaan tidak menyediakan grant kepada pelajar-pelajar bangsa itu untuk melakukan kajian mengenai bangsa itu.

“Jangan tanya soalan kepada saya mengenai saintis bangsa Dusun, pakar bahasa Dusun atau mengenai sejarah asal usul Dusun, kerana semua itu tidak ada,” katanya jelasnya dan menambah, tidak ada dokumentasi jelas mengenai asal usul sebenar bangsa Dusun, selain penceritaan melalui lisan dan sumber yang tidak disokong oleh kajian akademik.

Anak kelahiran zaman perang dunia pertama itu mengakui bahawa ledakan globalisasi meletakkan bangsa itu sekadar pengguna setia terhadap kemajuan bangsa-bangsa lain, dan ia sedang berlaku dan akan terus berlaku pada masa hadapan sekiranya bangsa itu tidak bersedia untuk berhadapan dengan paradigm shift.

“Anak-anak Dusun akan terus berbangga dengan aplikasi-aplikasi terkini melalui internet, berlumba-lumba memiliki telefon pintar, computer pintar, kereta terkini atau menonton wayang tanpa keluar rumah, dengan seorang pun tidak berfikir bagaimana bangsa itu menghasilkan sesuatu yang bangsa Eropah memilikinya,” katanya.

Ironinya jelas Rantisan, bangsa itu seolah olah bangga dengan apa yang terjadi kepada mereka, pada ketika bangsa lain sudah berada di garisan penamat perjuangan.

Dusun merupakan bangsa majoriti di negeri Sabah, tetapi mereka tidak bersatu menyaksikan kewujudan mereka sekadar survaival politik kepada individu tertentu.

Beliau memuji Borneo Digest – akhbar atas talian pertama yang diusahakan oleh sarjana-sarjana bangsa Dusun, apa yang beliau sifatkan satu tindakan yang tepat dan berani untuk untuk membawa bangsa Dusun di pentas global.

“Saya sangat teruja dan bersyukur dengan perkembangan ini,” katanya dan merayu kerajaan sama ada di peringkat negeri dan persekutuan supaya membantu pembangunan laman web ini. – BD

 2,214 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.