SANDAKAN (Sabah, Malaysia): Toleransi rakyat Malaysia di negeri Sabah terbukti tinggi, akui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Bercakap kepada pengamal media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) Cawangan Batu Sapi di sandakan pada isnin, Musa berkata penganjuran rumah terbuka sebagai platform terbaik kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk mendekati rakyat.
Katanya, kehadiran yang begitu ramai daripada pelbagai lapisan kaum dan anutan agama, membuktikan tradisi seumpama itu sangat berkesan untuk memupuk perpaduan dikalangan mereka.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu menjelaskan, tradisi tersebut sejajar dengan usaha berterusan pemimpin sama ada di peringkat pusat atau negeri untuk memperkasakan hubungan baik dengan rakyat.
“Usaha mendekati rakyat menjadi keutamaan khususnya bagi mendengar keluhan dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya,” katanya.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph pairin Kitingan serta Wakil Rakyat Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin diantara orang kenamaan yang hadir di majlis itu.
Musa turut mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BN Sandakan di Dewan Hakka, dan rumah terbuka Presiden Dong Zhong Sabah Tan Sri Andrew Liew.
585 total views, 1 views today