Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Eleizer mati teraniaya dan bukan membunuh diri – Bayangad

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Sungguhpun polis mengklifikasikan kematian seorang pemuda Dusun – Eleizer Lido Bayangad, 37,  sebagai Sudden Death Report (SDR), namun ayah pemuda itu – Bayangad Pungit 75, (gambar) yakin bahawa ada sesuatu berlaku di luar sana yang mengakibatkan anaknya meninggal.

BAYANGAD
BAYANGAD

“Naluri saya berkata bahawa beliau (Eleizer) tidak mungkin bertindak sesuatu diluar batasan yang boleh memusnahkan dirinya sendiri,” jelasnya kepada wartawan ketika ditemui di hari pengkebuamian Eleizer yang juga dikenali sebagai Lido di Kg. Panagatan Ulu pada selesa (9 Feb 2016).

Eleizer  seorang penganut agama keristian yang taat, dibawah bimbingan abangnya Likon Bayangad, yang merupakan seorang guru agama yang dikenali di sini.

Bayangad yakin bahawa Eleizer bukan mati biasa – “dia teraniaya dan kita tidak tahu siapa pelakunya,” katanya dan menambah, soal ‘sengaja atau tidak’ adalah dua senerio yang hanya polis yang mampu untuk memecahkan tandatanya itu –  “saya sangat yakin dengan kepakaran polis,”, akuinya.

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong, Eleizer dijumpai mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan badan.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Queen Kota Kinabalu mendapati luka serta lapan butir peluru dijumpai dalam badan mangsa, dan kesemuanya dijumpai di bahagian dada serta tepi badan sebelah kiri mangsa.eleizer-2

Taong berkata, punca kematian disebabkan terdapat kesan luka di bahagian hati, limpa pecah dan pendarahan yang banyak di dalam perut disebabkan salur ateri (pembuluh) darah utama pecah kerana terkena peluru.

Polis masih menjalankan siasatan terperinci mengenai punca sebenar kejadian tersebut.

Begitu pun Bayangad memberi pandangan bahawa jika anaknya membunuh diri, peluru tidak mungkin boleh didapati dalam badan mangsa.

“Tembakan itu boleh menghasilkan kesan yang besar dibahagian sasaran,” katanya dan menjelaskan kesan peluru yang dilihat di bahagian  badan Eleizer berada dua inci diantara satu, yang meyakinkan beliau bahawa jarak lokasi penembak dengan mangsa adalah jauh.

Menurut fakta kes, pada 7 Febuari lepas lebih kurang jam 12.02 minit malam seorang petani membuat aduan di Balai Polis Keningau mengatakan pada 6 Febuari jam lebih kurang 4 petang, semasa pengadu sedang berehat daripada kerja menebas di kawasan kebun berhampiran Kg. Kisaging Bunsit Bingkor, mendengar satu bunyi tembakan dari kawasan hutan bawah kebunnya.eleizer-1

Suara jeritan seperti sedang mengerang kesakitan kedengaran selepas bunyi tembakan itu, yang mendorong pengadu bergegas untuk memereksa dan mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali sedang terbaring dalam keadaan cedera.

Pengadu cuba memberi bantuan tetapi tidak berjaya, yang kemudiannya mendapatkan  bapanya dan dua orang iparnya bagi mengangkat mangsa untuk dibawa keluar dari tempat kejadian, namun usaha mereka tidak berjaya kerana mangsa telah meninggal dunia.

Siasatan awal polis mendapati tempat kejadian merupakan kawasan hutan terletak di bahagian bawah kebun pengadu, dimana mangsa dijumpai terbaring dengan berlumuran darah.

Tidak ada kesan pergelutan di kawasan itu, tetapi polis menjumpai sehelai jaket berwarna hijau, satu bag galas, sebilah parang dan selaras senapang patah buatan sendiri dipercayai jenis bakakuk yang berisi kelongsong peluru senapang patah berwarna putih yang telah digunakan.

Pada 4 Febuari lepas, mangsa secara bersendirian ke kebun keluarga yang terletak di Kg. Bangau dalam kawasan Bunsit Bingkor dengan menaiki motosikal, yang menurut ayahnya  untuk membersihkan kawasan bagi penanaman halia.

Mangsa telah berjanji untuk pulang pada sebelah petang, tetapi pada hari yang malang itu mangsa tidak muncul-muncul sehingga larut malam.

Kematian mangsa hanya disedari oleh anggota keluarga apabila mayatnya diviralkan sesacara meluas melalui aplikasi whatsapp bagi tujuan pengesanan keluarga.

“Ketika itu saya benar-benar tidak mampu berbuat apa-apa,” jelas Bayangad dan mengakui bahawa beliau sangat sedih dan tidak dapat menerima cara kematian anak lelaki keduanya daripada seramai Sembilan orang adik beradik.

“Tuhan memberi ujian kepada saya dengan cara yang sangat sakit,” tambahnya dan memberitahu bahawa beliau akan terus berdoa kepada Tuhan untuk mendapatkan kebenaran mengenai kematian anak kesayangannya.

Mangsa dikebumikan pada selasa (9 Febuari 2016) di tanah perkuburan komunti keristian di kampung Panagatan Ulu, yang merupakan kampung dimana beliau dilahirkan.

Beratus-ratus sanak saudara serta sahabat handai hadir dimajlis yang penuh emosi itu.

Ayah kepada Sembilan orang anak itu memberitahu bahawa mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda gajil sebelum kematiannya,  yang meyakinkan beliau bahawa ajal anaknya sepatutnya belum tiba.

“Dia sangat ceria seperti selalunya,” jelasnya dan berkongsi pendapat dengan seluruh sahabat-handai mangsa bahawa Eleizer seorang manusia yang ringan tangan dan kehidupannya sangat menyenangkan semua penduduk.

“Dia seorang yang suka berdikari,” akui abang sepupunya – Fuad Dalusim yang memberitahu bahawa sehari sebelum kematiannya, Eleizer  sempat berbual-bual dengannya dalam suasana yang sangat mesra.

Menurut Fuad, beliau menjemput mangsa untuk menghadiri mesyuarat koperasi yang bakal ditubuhkan di kampung Panagatan Ulu yang akan diadakan pada petang rabu itu, dan katanya mangsa memberitahu bahawa beliau tidak sempat hadir dan akan mewakilkan kakaknya Pedelia untuk hadir bagi pihak keluarga.

“Kata-kata akhirnya ialah – ‘jadual saya di Bangau’,” dedah Fuad dan mengakui bahawa rupanya itulah kata-kata adik sepupunya yang masih bermain dalam ingatannya.

Seluruh penduduk Kg. panagatan Ulu mendoakan semoga roh mandiang dicucuri rahmat dan mendapat tempat disisi Allah.

Sehari sebelum pengkebumian Eleizer berlangsung, seorang lelaki sebayanya dilaporkan nyaris maut terkena tembakan sesat semasa membuat jerat ayam hutan tidak jauh dari kawasan insiden itu.

Menurut polis, mangsa menjerit meminta bantuan apabila mendapati kaki kirinya tiba-tiba  kebas selepas satu  das tembakan bergema semasa sedang menebas laluan baru untuk sampai di lokasi jerat ayam hutan yang dipasang, yang membuatkan penglihatannya berpinar dan pengsan selepas itu.

Menurut polis, mangsa dikatakan sedar  kira-kira jam 5.00 pagi pada keesokan harinya ( 9 Febuari 2016), dan merangkak kira-kira dua jam untuk keluar ke tepi jalan besar untuk mendapatkan adiknya yang berada di situ, yang kemudian merujuknya ke hospital daerah Keningau untuk rawatan.

Doktor mengesahkan keadaan mangsa stabil, dan kelima-lima peluru yang mengenai  punggung dan paha mangsa hanya menerbitkan kecederaan di bahagian otot.

Sehingga berita ini ditulis, polis masih menjalankan siasatan terperinci untuk mengungkai kedua-dua kes yang berlaku berurutan di kawasan yang sama.

 

 

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.