Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Cari rezeki dibawah pokok rambutan

Penduduk Kg. Labak Baru rayu bantuan pemimpin politik

0
Penduduk berniaga kecil-kecilan untuk keterusan hidup di bawah pokok rambutan

TERHIMPIT dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak berkesudahan, seramai enam orang penduduk di Kampung (Kg) Labak Baru berjaja untuk keterusan hidup bagi menampung keluarga.

Ironinya penduduk ini berjaja di bawah pokok rambutan dengan pendapatan hanya RM10 hingga RM50 sehari bergantung kepaada kehadiran pelanggan.

Kreativiti penduduk yang berdagang sayur-sayuran dan buah-buahan yang sangat terhad dengan beratapkan rimbunan daun rambutan mendapat pujian seluruh penduduk setempat, namun nasib mereka sangat berisiko kerana terpaksa kehilangan pendapatan khususnya pada musim tengkujuh.

Penduduk yang tidak mendapat teduhan daun rambutan terpaksa menghadkan masa berniaga, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka

“Masa berniaga bagi penduduk yang beratapkan langit kerana tidak ada teduhan sangat terhad sekali gus menjejaskan pendapatan,.

“Rimbunan daun pokok rambutan di lokasi mereka mencari rezeki itu sangat terhad dan hanya mampu menampung beberapa orang peniaga,” jelas seorang penduduk yang ditemui Wartawan.

Aktiviti penduduk ini dikesan sejak sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang turut dilawati oleh beberapa calun pilihanraya yang terdapat sebahagiannya menjanjikan pondok kekal bagi kemudahan bukan sahaja kepada enam orang penduduk yang telah menjalankan perniagaan kecil-kecilan lebih awal, tetapi juga kepada penduduk yang lain yang berminat untuk mencari rezeki bagi menambahkan pendapatan keluarga.

Rata-rata penduduk yang ditemui sangat mengharapkan ada pihak khususnya pihak berkuasa politik kawasan untuk membantu mereka menyediakan pondok kekal sebagaimana yang pernah dijanjikan ketika kempen pilihan raya yang lalu.

“Harapan kami pada selepas pilihan raya yang lalu supaya ada cahaya dihujung torowong, tetapi nampaknya harapan itu tidak kesampaian yang memaksa kami meneruskan aktiviti di bawah pokok rambutan ini,” jelas seorang penduduk yang enggan namanya dipetik.

Kampung Labak Baru terletak dalam kawasan pilihan raya Bingkor. – Oleh: EKOK AMIN.

 

 

 

 1,508 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.