Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Doa penduduk Mukim Bintasan untuk dapatkan jalanraya makbul

0

Oleh BENJON SIMBAKU

IMPIAN penduduk yang tinggal di tiga buah kampung terpencil Mukim Bintasan tercapai, apabila jalanraya sejauh enam kilometer yang menghubungkan kampung itu dengan Gonsusun, Bintasan Darat dan Bintasan Tengah siap dibina.

Keluarga ini terpisah sejak sekian lamanya disebabkan ketiadaan akses jalanraya yang baik, namun bertemu semula di majlis perasmian jalanraya itu pada ahad lalu

Kerajaan turut membantu penduduk untuk mengeluarkan seluas 50 ekar yang didiami penduduk di enam buah kampung yang termasuk dalam warta Sabah Forestry Development Authority (SAFADO).    

“Ia meliputi kampung Bintasan, Mangin, Tagaroh dan Bukit Lalang,” Jelas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri  Datuk Wetrom Bahanda.

Berucap di majlis Kaamatan dan perasmian jalanrya di situ pada Ahad lalu, Wetron berkata, Kerajaan  Gabungan Rakyat Sabah  (GRS) tidak pernah mengecewakan impian dan keperluan rakyat  luar Bandar terutamanya didalam memenuhi tuntutan  kemudahan jalan raya  yang sangat penting bagi memudahkan perhubungan mereka.

“Kerajaan mendengar rungutan rakyat .. begitu pun pembangunan disalurkan secara berperingkat .. kita mahu rakyat bersabar,” katanya, dan menambah, dengan kemudahan itu penduduk yang pada sebelum ini berjalan kaki dan terpaksa meninggalkan kenderaan di sebelah jalan, kini mereka tidak perlu lagi berbuat demikian.

“Kini kita ada jalan kongkrit yang memudahkan pergerakan penduduk,” jelasnya.

Wetron berkata, sebuah syarikat berkepentingan kerajaan telah bersetuju mengambalikan semula tanah penduduk di Matunggong, Kota Marudu dan Tandik melibatkan keluasan 2,000 ekar.

 “Kita berharap dalam masa terdekat ini Ketua Menteri akan dapat datang ke daerah ini untuk menyampaikan surat watikah   berhubung dengan  perkara tersebut,” katanya.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.