Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rakyat sentiasa dalam hati saya – Flovia Ng

0
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tulid, Casmir Silip menyampaikan sumbangan ehsan kepada anak mandiang Stephen BaisJayson Stephen

KESIBUKAN menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Peringkat Negeri Sabah yang dijadualkan pada Jumaat di Keningau, bukan halangan bagi Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Flovia Ng untuk terus mendampinggi rakyatnya di kawasan Tulid.

Di Kg. Sinulihan Baru. Pemaju Masyarakat UPPM Tulid Narisin Jafdin mewakili YB Flovia Ng untuk menyampaikan sumbangan ehsan kepada isteri arwah Rimin Yamin

“Amanah ditunaikan,” katanya kepada The Borneo Digest ketika ditemui semasa menghadiri mesyuarat akhir pelancaran jentera pilihan raya di Keningau pada Khamis.

“Tugasan selebihnya disambung oleh pegawai-pegawai saya,” sambungnya dan berkata, beliau tidak menyisihkan walau sedikit masa untuk bersama rakyatnya yang sedang diuji pelbagai cabaran hidup.

Di Kg. Kapayan baru, Flovia yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Casmir Silip untuk memberi penghormatan terakhir kepada mandiang Stephen Bais, 59.

Flovia turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada keluarga mandiang.

Di Kg. Sinulihan Baru, Penyelia Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid Narisin Jafdin, mewakili Wakil Rakyat Tulid itu untuk menyampaikan sumbangan ehsan kepada isteri arwah Rimin Yamin yang menghembuskan nafas pada Rabu.

Flovia berkongsi kesedihan dengan kedua-dua keluarga yang ditinggalkan, dan mahu mereka supaya bersabar untuk menerima ketentuan Tuhan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.