Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ewon lancar papan pintar interaktif  SRJK Yue Min Penampang

0
EWON

PENAMPANG: Papn pintar interaktif SRJK Yue Min Penampang yang pertama seumpamanya di sekolah itu dilancar.

“Saya hargai inisiatif pihak sekolah dan PIBG Yue Min School yang mahu pembudayaan digitalisasi digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.”, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menjelaskan kegembiraannya itu  Ketika berucap di majlis pelancaran di sini, Isnin.

Pemasangan papan pintar tersebut mencakupi 38 bilik darjah di sekolah tersebut yang dibiayai melalui peruntukan sebanyak RM50,000 yang disalurkan oleh Ewon kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut pada tahun lalu.

Ewon  yakin inisiatif pemasangan alat bantu belajar itu bukan hanya mengwujudkan persekitaran interaktif dalam bilik darjah, tetapi menyediakan para pelajar kepada dunia pekerjaan, perusahaan dan urusan harian yang semakin banyak menggunakan komponen digitalisasi.

Ahli Parlimen Penampang  itu turut bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM35,000 kepada PIBG sekolah itu untuk pengoperasian papan pintar serta membaikpulih atap gerbang laluan sekolah.

Ewon juga menyalurkan peruntukan untuk pembekalan 1,420 kerusi kepada sekolah itu pada tahun lalu.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG Voo Li Kiam mengucapkan terima kasih kepada Ewon di atas sokongan berterusan yang diberikan kepada SRJK Yue Min.

“Dengan peruntukan sebanyak RM50,000 yang diberikan oleh Datuk Ewon pada tahun lepas, kami telah memasang papan pintar di semua 38 bilik darjah yang ada di sekolah ini. Saya berharap ini dapat menambahbaik minat para pelajar dalam kelas,” katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.