Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Melindungi kemerdekaan adalah keutamaan dalam perbincangan dengan Raja Charles – Trudeau

0

LONDON: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengadakan perbincangan dengan Raja Charles III hari ini, mengenai usaha mempertahankan kedaulatan negara itu selepas diugut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ia rentetan kenyataan berulang kali Trump yang mahu menjadikan Kanada sebagai negeri ke-51 AS.

Kenyataan itu juga mencetuskan kemarahan di Kanada dan ‘idea’ itu ditolak tegas termasuk sebarang perbincangan mengenai kemungkinan negara itu menjadi sebahagian daripada AS.

Dalam pertemuan dengan Raja Charles yang dijadual hari ini, Trudeau berharap perbincangan menyentuh perkara penting bagi Kanada dan rakya

“Saya boleh katakan bahawa tiada yang lebih penting bagi rakyat Kanada sekarang melainkan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan kita sebagai sebuah negara,” katanya ketika menghadiri sidang kemuncak mengenai Ukraine di London semalam.

Sekembalinya menerajui Rumah Putih, Trump semakin memberi tumpuan terhadap isu kedaulatan Kanada sejak memenangani Pilihan Raya Presiden pada November tahun lalu.

Trump dilihat kerap merujuk Kanada sebagai negeri ke-51 selain merendahkan pangkat Trudeau dengan memanggilnya ‘gabenor’ bukannya Perdana Menteri.

Kanada juga tidak terlepas daripada dikenakan tarif oleh AS meskipun ia tergolong rakan dagang Utama.

Trump berkata Kanada boleh mengelak tarif itu sekiranya ia menjadi sebahagian daripada AS.

Sebilangan rakyat Kanada mempersoalkan mengapa Raja Charles tidak bersuara bagi mempertahankan negara itu.

Secara tradisinya, raja hanya bertindak atas nasihat Perdana Menteri dalam hal membabitkan negara Komanwel.

Pada minggu lalu, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, menjemput Trump untuk lawatan negara kali kedua yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Ia berkemungkinan memberi peluang kepada raja untuk membangkitkan isu kedaulatan Kanada. – AFP

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.