
Oleh DG HENRY
BAKATNYA terserlah ketika menjuarai Miss Pre Teen Asia di Chiangmai, Thailand pada tahun 2018. Dia mengondol hadiah ‘emas’ menobatkan anak remaja keturunan Dusun Kuala Penyu Sabah melakar sejarah di pentas dunia sebagai ‘Remaja Idol’ yang memiliki pelbagai kebolehan dalam bidang seni.
Farah Ann Beaty, itu lah nama agung seorang artis remaja pertama seumpamanya di Sabah mencipta nama besar dalam bidang seni.

Pelajar Sekolah Menengah (SM) Ken Hwa Keningau (Sabah, Malaysia) itu mencipta kejayaan dalam pelbagai program yang disertai bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi juga dalam seni peragaan pakaian, fesyen, persolekan dan facial tetapi juga memiliki bakat ‘multi talent’ dan seorang remaja kreatif yang diakui di peringkat antarabangsa.
Farah sering dijemput sebagai artis undangan Radio dan TV Shandong, Satellite TV Changsha dan Beijing, meletakkan anak jati Sabah itu diiktiraf di peringkat antarabangsa..
Terbaru, anak gadis Peter Beaty dan Annie Thien itu mendapat pengiktirafan Asia Pacific International Arts Festival sekaligus dianugrahkan emas diatas bakatnya dalam bidang seni.
“Saya bangga dengan pencapaiannya (Farah) .. dia mencipta nama pada usia muda di peringkat kebangsaan, asia dan antarabangsa,”.
“Farah bukan sahaja minat dalam bidang nyanyian, tetapi dia seorang ‘multi talented’,” Peter Beaty (ayah Farah) memberitahu The Borneo Digest dalam satu temuramah.
Pelajar Tingkatan Lima (5) pada semester depan itu kini sedang mempromosi pakaian berjenama di China melalui program ‘Cat Walk’, sekaligus menjulang namanya dalam bidang paragaan fesyen.
Di Malaysia, Farah sering menjadi tetamu program-program terbitan Radio Televesyen (RTM) selain undangan program-program mega sama ada anjuran kerajaan atau pun swasta.
Peter memberitahu, anak gadisnya mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam bidang seni, hasil daripada didikan, bimbingan, tunjuk ajar ibunya Annie Thien.
“Secara peribadi, isteri saya (Annie Thien) merupakan tulang belakang kejayaan Farah di peringkat antarabangsa .. displin ketat, pembiayaan kewangan serta dorongan tanpa putus asa yang disajikan oleh ibunya antara pendorong Farah untuk mencapai cita-citanya,” Jelas Peter.
Di ambang usia 16 tahun, Farah selayaknya idola generasi muda di Malaysia khususnya dikalangan remaja yang sedang tercari-cari arah.
Farah Ann adalah bintang baru Malaysia dan remaja etnik Dusun pertama melakar nama di pentas dunia.
1,562 total views, 1 views today